Assalamualaikum, Bakal dilancarkan, percuma.
prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX
Monday, July 16, 2012
Thursday, May 19, 2011
Katalog Design Parang
Assalamualaikum Semua,
Ramai yang call atau mesej saya dengan komen yang mengatakan saya tak letak nombor rujukan pada parang yang saya pamerkan dalam blog saya ni. Bagi memudahkan semua pihak saya telah membuat satu list senarai design parang lengkap dengan nombor bagi memudahkan tuan-tuan memilih rekaan yang berkenan di hati.
Terima Kasih.
Di bawah ini adalah katalog rekaan parang. Kombinasi rekaan juga boleh di buat. cth : sarung PC 01 dengan ukiran PC 07.

Beberapa rekaan yang biasa ditempah oleh peminat- parang
Mata parang yang berada dalam simpanan kami.
Di bawah ini adalah katalog rekaan parang. Kombinasi rekaan juga boleh di buat. cth : sarung PC 01 dengan ukiran PC 07.
Sunday, August 1, 2010
Balik Kampung
Kisah ni dah lama sebetulnya, cuma baru hari ni aku tergerak hati nak menulis. Bukan nak meluahkan perasaan, tapi sekadar bercerita apa beza orang yang bekerja kerana minat dan yang bekerja kerana suka-suka.
Kisah ni jadi bila aku balik kampung pada satu hujung minggu. Masa tu cadang-cadang nak tengok ukiran parang yang baru (kalau ada). Sampai je kat kampung malam tu tgk ayah tengah duduk mengadap sarung-sarung parang yang belum siap. Saya tengok tangan ayah berbalut.
"Apa kena lak tangan ayah nie"..
"Tertoreh sikit masa duk mengukir hari tu, dah mengantuk sangat, ingat nak habiskan sikit lagi. Belum sempat nak habiskan dan tertoreh tangan." Ayah jawab selamba.
"Dah tu jahit banyak tak? "
"4 Jahit je" kata ayah...
Senyap kejap aku, dalam hati aku duk pikir.... semua orang tahu nak cepat siap je.. tukang2 ukirnya (bukan ayah aku je.. tapi semua yang buat kerja2 mengukir) koyak rabak tangan tak pernah pulak diaorang pikirkan... kadang-kadang aku nak je suruh ayah berenti mengukir... tak berapa sen sangat yang dia dapat kalau nak banding dgn tangan dia yg dah berapa kali rabak tu... Tapi bila dia cakap itu dah minat dia... lagi pun dia kesian tengok orang kat luar beli parang yang berukir sarungnya kadang kala harga sampai RM500-600, ada yang lebih lagi kadang-kadang... aku diamkan je lah bila ayah aku dah cakap gitu...
yang pasti.. berapakali pun tangan ayah luka kena pisau ukiran dia... dia tetap akan mengukir sarung-sarung parang yang orang mintak dia buatkan... tunggulah bila ukiran tu dah siap.. aku upload gambarnya kat sini...

Subscribe to:
Posts (Atom)