Wednesday, August 13, 2008

Bro Kingpin collection

Assalamualaikum,

Lagi dari Bro Kingpin, heheh bro asik ko je yg post.. aku punya stock pun tak byk macam ko.. hehehe thanx bro...





Monday, August 11, 2008

Gambar parang dari bro kingpin lagi

Assalamualaikum,

Kita jumpa lagi dalam post saya kali ini, kat bawah ni bukan la parang atau keris yang ayah saya buat, tapi koleksi dari rakan-rakan yang bro kingpin kasi kat saya (kasi tengok ke buat contoh ke tak tahu la pulak). Cantik juga bila tengok parang yang macam hulu keris tu, jarang jumpa parang macam tu. Apa-apa pun sekadar menambah koleksi keindahan seni warisan melayu.





Tuesday, July 1, 2008

Parang - Update Masa balik kampung minggu lepas



Yang ni pulak gambar parang yang menarik jugak tanpa ukiran, simple tetapi menarik. Ayah saya baru je siapkan parang ni.

Parang ni untuk melapah/potong-potong daging masa kenduri bolehlah, kecik je. Lebih kurang 7 inci saiznya (lebih kurang macam pisau je). Aku cuba jugak cari mata parang kecik macam ni, tak jumpa-jumpa. Kene naik Perak juga nampak gayanya.










Tuesday, June 24, 2008

Ukiran Menarik Dari Sahabat

Hari ni tengah saya sibuk mengadap kerja kat pejabat, tiba-tiba satu window biru berkelip-kelip dekat taskbar saya. Nick kingpin kelihatan dan bertanya tentang parang ukiran yang terdapat dalam blog ni. Lepas bersembang tu dapat la kami bertukar pandangan dan gambar-gambar koleksi ukiran sarung parang kami. Gambar dibawah adalah koleksi bro kingpin. Terima Kasih.











Sunday, March 2, 2008

Contoh terbaru

Saya pulang ke kampung pada hujung minggu lepas dan ini adalah beberapa hasil parang dan sarung parang berukiran yang telah siap dibuat. Hubungi saya untuk tempahan, dan harga boleh dirunding.

Photobucket

Contoh-contoh Parang

sarung parang kosong

ukiran separuh

Ukiran Pada Sarung Parang

ukiran penuh kayu berbelang

hujung ukiran

Ukiran Pada Hulu

Photobucket

Contoh Mata Parang
contoh mata parang sembelihan

Photobucket

Dari,
Parang Cantik

Wednesday, February 13, 2008

Contoh Dan Harga Parang Yang Siap Diukir

Motif bunga berangkai
Jenis Kayu Hutan Yang Berbelang

Sarung parang berukiran

Hulu parang

Diatas adalah contoh parang siap dengan ukiran. Sesuai untuk kegunaan sendiri, perhiasan rumah atau cenderahati ukiran pada Hulu dan Sarung parang ini boleh diubah mengikut citarasa pembeli (mengikut corak yang sedia ada, juga boleh ditambah lambang/jata negeri atau syarikat pada ukiran tersebut. Sebagai contoh bagi cenderahati kepada pembesar Negeri Sembilan boleh diukir lambang kerajaan Negeri Sembilan pada sarung parang ini, begitu juga negeri-negeri lain.

Harga boleh dirunding.

Senarai harga parang, sarung dan hulu :
  • Mata parang = RM70-RM90 (mengikut bentuk dan jenis besi yang digunakan)
  • Hulu dan sarung parang tidak berukir = RM50 - RM80 (upah membuat mengikut jenis kayu yang digunakan)
  • Hulu dan sarung parang dengan ukiran = RM100 - RM200 (upah membuat mengikut jenis ukiran dan kayu)
  • Hulu dan sarung parang dengan ukiran = RM200 - RM250 (dibuat dengan kayu hutan yang bercorak semulajadi)

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi saya sama ada melalui e-mail atau telefon. Pembayaran dan cara penghantaran akan diberitahu kelak. Terima kasih.

Dari,
Parang Cantik.